TENTANG KAG

SELAMAT DATANG KE KAG SERVICES (M) SDN. BHD.

KAG adalah sebuah syarikat utama yang memberi perkhidmatan penyaman udara di Malaysia terutamanya di kawasan Lembah Klang, berkomitmen untuk memberikan penyelesaian penyaman udara yang berkualiti dan profesional. KAG sangat memahami betapa pentingnya sistem penyaman udara yang berfungsi dengan baik untuk keselesaan anda. Oleh itu, KAG menyediakan pelbagai perkhidmatan daripada membekal, pemasangan, penyelenggaraan sehingga pembaikan, semuanya dilakukan oleh tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman.

Kami juga adalah sebuah syarikat yang telah menjadi pengedar sah penyaman udara jenama PANASONIC dan telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia pada Januari 2023.

Keutamaan kami adalah memastikan setiap pelanggan berpuas hati dengan layanan kami yang cepat, cekap, dan berkualiti. Terima kasih kerana memilih KAG Services (M) Sdn. Bhd. untuk menyempurnakan keselesaan udara di ruang hidup dan kerja anda.