Perkhidmatan KAG
Kepakaran Perkhidmatan Kami
Penyelesaian yang direka khusus mengikut keperluan penyaman udara anda. Diselenggarakan oleh juruteknik mahir dengan hasil kerja yang teliti, telus, dan dijamin memuaskan.
01.
Beli & Pemasangan
Sebagai Pengedar Sah Panasonic, kami menawarkan pakej 'A-to-Z' yang merangkumi khidmat nasihat pemilihan kapasiti unit (HP) bersesuaian dengan bajet dan saiz ruang anda. Daripada proses pembelian, penghantaran, sehinggalah pemasangan siap sepenuhnya, kami uruskan segalanya.
02.
Pemasangan Sahaja
Sudah mempunyai unit penyaman udara sendiri dan hanya memerlukan pakar untuk proses pemasangan? Pasukan kami menyediakan khidmat pemasangan yang kemas, teratur, dan selamat. Kami hanya menggunakan material berkualiti tinggi dalam setiap pemasangan kami.
03.
Servis Aircond
Habuk yang terkumpul bukan sahaja mengurangkan kesejukan, malah membahayakan kualiti udara. Kami menawarkan penyelenggaraan menyeluruh untuk unit indoor dan outdoor. Sama ada cucian biasa, chemical wash, atau Top Overhaul.
04.
Pembaikan/Repair
Aircond tiba-tiba kurang sejuk, air menitik, bunyi bising, atau lampu indikator berkelip? Pasukan teknikal kami akan menjalankan pemeriksaan (troubleshooting) yang terperinci untuk mengenal pasti punca sebenar kerosakan. Kerja baik pulih dilakukan dengan jujur.
4 Langkah Mudah Bersama Kami
Hubungi & Konsultasi
Langkah pertama bermula di sini. Kongsikan masalah aircond atau keperluan pemasangan anda bersama kami. Pasukan khidmat pelanggan kami sedia memberikan nasihat awal dan menetapkan tarikh temu janji yang paling sesuai dengan jadual anda.
Pemeriksaan & Sebut Harga
Juruteknik kami akan hadir ke lokasi untuk membuat pemeriksaan terperinci (diagnosis). Setelah punca dikenal pasti, kami akan membentangkan sebut harga yang telus dan muktamad untuk persetujuan anda sebelum kerja dimulakan.
Pelaksanaan Kerja
Kerja-kerja pemasangan, cucian, atau baik pulih dijalankan dengan penuh teliti oleh pasukan pakar kami. Kami mematuhi standard keselamatan yang ketat dan hanya menggunakan material gred premium bagi menjamin ketahanan berpanjangan.
Pengujian & Penyerahan
Sebelum kerja disahkan tamat, kami akan melakukan ujian operasi penuh (testing) bagi memastikan kesejukan berada pada tahap optimum. Ruang kerja anda akan dibersihkan dan ditinggalkan kemas seperti sedia kala.
Soalan Lazim (FAQ)
Ada sebarang kemusykilan? Berikut adalah jawapan pantas bagi persoalan yang kerap ditanyakan oleh pelanggan mengenai perkhidmatan KAG Aircond.
Kami menyediakan pelbagai medium pembayaran yang mudah dan selamat. Anda boleh membuat bayaran melalui pemindahan bank secara dalam talian (Online Transfer), Cash, QR Code, Debit/Credit Card.
- Gombak (Batu Caves, Gombak Setia, Hulu Kelang)
- Wangsa Maju
- Sentul
- Selayang
- Kepong
- Ampang (Bukit Antarabangsa, Keramat, Bandar Baru Ampang, Pandan Indah, Desa Pandan, Taman Kosas, Bukit Indah)
- Bangsar
- Petaling Jaya (Taman Medan, Bukit Gasing)
- Damansara (Bandar Utama, TTDI)
- Segambut
- Setiawangsa
- Titiwangsa
- Bukit Bintang
- Lembah Pantai
- Seputeh
- Bandar Tun Razak
- Jika berada di luar kawasan lebih 15 km dari pusat KAG, perkhidmatan akan disediakan dengan syarat sekurang-kurangnya 2 unit (Terhad untuk kawasan Lembah Klang dan Selangor sahaja
Sebagai Pengedar Sah, kami sangat mengesyorkan jenama Panasonic kerana kualiti, ketahanan, dan penjimatan tenaga yang terbukti. Walau bagaimanapun, juruteknik kami juga pakar dalam memasang dan menyelenggara pelbagai jenama utama lain mengikut pilihan dan bajet anda.
Pemilihan bergantung kepada saiz ruang, bajet, dan kekerapan penggunaan. Sebagai contoh, jika aircond digunakan untuk tempoh yang panjang (seperti waktu tidur), model Inverter amat disyorkan untuk penjimatan bil elektrik. Kami sedia memberikan konsultasi percuma untuk pemilihan model yang paling tepat.
- Keluasan ruang = Panjang x Lebar
- Keluasan Ruang x 80
- Kemudian bahagikan dengan 9000
- Kemudian pilih HP yang berdekatan dengan hasil
Contoh:
- 10 kaki ( Lebar) x 10 kaki (Panjang) = 100
- 100 x 80 = 8000
- 8000/9000 = 0.8
- HP berdekatan adalah 1HP
Untuk memastikan kualiti udara sentiasa bersih dan jangka hayat aircond bertahan lama, kami menasihatkan anda untuk melakukan servis berjadual setiap 4 hingga 6 bulan, bergantung kepada kekerapan penggunaan dan tahap habuk di persekitaran.
Kami sentiasa komited untuk memberikan servis yang terpantas. Pihak kami akan cuba mengaturkan temu janji seawal 24 hingga 48 jam bekerja, tertakluk kepada kekosongan slot jadual pasukan teknikal pada tarikh tersebut.
Setiap kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Segala aduan atau maklum balas akan diuruskan oleh pasukan khidmat pelanggan kami dan akan dijawab dalam tempoh 24 jam waktu bekerja untuk tindakan susulan segera.
Ya, semestinya! Setiap perkhidmatan pemasangan dan servis yang kami jalankan didatangkan dengan tempoh waranti selama 90 hari. Ini bagi memberikan ketenangan minda dan menjamin wang yang anda laburkan adalah berbaloi.
Tidak. Di KAG Aircond, kami amat mementingkan keselamatan dan kesihatan keluarga anda, terutamanya jika mempunyai anak kecil atau bayi di rumah. Kami tidak menggunakan bahan kimia keras dalam proses cucian bagi mengelakkan risiko sisa toksik terbebas ke udara. Sebaliknya, kami menggunakan teknik semburan air bersih bertekanan tinggi yang terbukti selamat, namun tetap sangat berkesan menanggalkan segala habuk dan kotoran degil.