Installation & Dismantle

Jangan pertaruhkan jangka hayat aircond baharu anda dengan upah pasang yang cincai. Kami menawarkan khidmat pemasangan profesional untuk semua jenis dan kapasiti (horsepower) aircond di seluruh Lembah Klang. Kerja pantas, material berkualiti, dan dijamin kemas!

Pemasangan Profesional & Kemas

 

Kuasa Aircond (HP)Harga Upah Pasang (RM)
1.0 HPRM 350
1.5 HPRM 400
2.0 HPRM 450
2.5 HPRM 500
3.0 HPRM 600
Aircond Jenis Inverter+ Add-on RM 30


Pakej Pemasangan Asas Termasuk:

  • 6 kaki (6FT) Copper Pipe (Dari unit Indoor ke Outdoor)
  • 10 kaki (10FT) PVC Pipe (15mm)
  • 1 Set Bracket Outdoor
  • Copper Pipe (1.0 HP / 1.5 HP): RM22 / kaki

  • Copper Pipe (2.0 HP / 2.5 HP): RM27 / kaki

  • Extra PVC Pipe (15mm): RM15 / 10 kaki

  • PVC Casing (2x3x6 FT): RM60

  • Wiring Switch: RM180

📌 Nota Penting Pelanggan:

  • Sebarang caj tambahan akan diberitahu selepas kerja pemasangan selesai.

DSCF0856-edit (1)
DSCF0926

Pindah Rumah / Tukar Unit (Dismantle Fees)

Jenis Aircond (Aircond Type)Kuasa (HP)Harga Upah Buka (RM)
Wall Mounted (Dinding)1.0 HP – 1.5 HPRM 150
Wall Mounted (Dinding)2.0 HP – 3.0 HPRM 180
Ceiling Type (Siling)Semua KapasitiRM 200

📌 Nota Penting Pelanggan:

  • Harga boleh berubah bergantung pada keadaan tempat.

“Saya sangat berpuashati dgn prestasi dan komitmen krew KAG laksanakan tugasan servis dan pemasangan aircond baru. Ruang kerja tidak bersepah dan kemas kerjanya. Yang penting krew tidak merokok dan bersih. Saya highly recommend servis aircond KAG untuk kawan2 saya.”
Rosnita Marzukhi
Beli & Pemasangan
“Mula-mula panggil untuk cek blinking.. lepastu bila cek cuma wiring shj.. lepastu tanya technician brpe klu nk full service aircond.. dia bagi harga dan sy pun on! lepas je service alhamdulillah aircond makin sejuk dan baru la nampak berkilat sikit aircond tu.”
Siti Zuhrah
Repair & Servis
“Called them to service my air conditioner and very satisfied with their work. They did a great job fixing my unit. now I don’t even need to use the “cool” mode anymore. Just setting it to “auto” at 24°C keeps the room comfortably cold at all times. Recommended.”
Hafiz Hassim
Servis

Soalan Lazim (FAQ)

Ada sebarang kemusykilan? Berikut adalah jawapan pantas bagi persoalan yang kerap ditanyakan oleh pelanggan mengenai perkhidmatan KAG Aircond.

Kami menyediakan pelbagai medium pembayaran yang mudah dan selamat. Anda boleh membuat bayaran melalui pemindahan bank secara dalam talian (Online Transfer), Cash, QR Code, Debit/Credit Card.

  • Gombak (Batu Caves, Gombak Setia, Hulu Kelang)
  • Wangsa Maju
  • Sentul
  • Selayang
  • Kepong 
  • Ampang (Bukit Antarabangsa, Keramat, Bandar Baru Ampang, Pandan Indah, Desa Pandan, Taman Kosas, Bukit Indah)
  • Bangsar
  • Petaling Jaya (Taman Medan, Bukit Gasing)
  • Damansara (Bandar Utama, TTDI)
  • Segambut
  • Setiawangsa
  • Titiwangsa
  • Bukit Bintang
  • Lembah Pantai 
  • Seputeh
  • Bandar Tun Razak
  • Jika berada di luar kawasan lebih 15 km dari pusat KAG, perkhidmatan akan disediakan dengan syarat sekurang-kurangnya 2 unit (Terhad untuk kawasan Lembah Klang dan Selangor sahaja

Sebagai Pengedar Sah, kami sangat mengesyorkan jenama Panasonic kerana kualiti, ketahanan, dan penjimatan tenaga yang terbukti. Walau bagaimanapun, juruteknik kami juga pakar dalam memasang dan menyelenggara pelbagai jenama utama lain mengikut pilihan dan bajet anda.

Pemilihan bergantung kepada saiz ruang, bajet, dan kekerapan penggunaan. Sebagai contoh, jika aircond digunakan untuk tempoh yang panjang (seperti waktu tidur), model Inverter amat disyorkan untuk penjimatan bil elektrik. Kami sedia memberikan konsultasi percuma untuk pemilihan model yang paling tepat.

  1. Keluasan ruang = Panjang x Lebar
  2. Keluasan Ruang x 80
  3. Kemudian bahagikan dengan 9000
  4. Kemudian pilih HP yang berdekatan dengan hasil

Contoh:

  1. 10 kaki ( Lebar) x 10 kaki (Panjang) = 100
  2. 100 x 80 = 8000
  3. 8000/9000 = 0.8 
  4. HP berdekatan adalah 1HP 

Untuk memastikan kualiti udara sentiasa bersih dan jangka hayat aircond bertahan lama, kami menasihatkan anda untuk melakukan servis berjadual setiap 4 hingga 6 bulan, bergantung kepada kekerapan penggunaan dan tahap habuk di persekitaran.

Kami sentiasa komited untuk memberikan servis yang terpantas. Pihak kami akan cuba mengaturkan temu janji seawal 24 hingga 48 jam bekerja, tertakluk kepada kekosongan slot jadual pasukan teknikal pada tarikh tersebut.

Setiap kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Segala aduan atau maklum balas akan diuruskan oleh pasukan khidmat pelanggan kami dan akan dijawab dalam tempoh 24 jam waktu bekerja untuk tindakan susulan segera.

Ya, semestinya! Setiap perkhidmatan pemasangan dan servis yang kami jalankan didatangkan dengan tempoh waranti selama 90 hari. Ini bagi memberikan ketenangan minda dan menjamin wang yang anda laburkan adalah berbaloi.

Tidak. Di KAG Aircond, kami amat mementingkan keselamatan dan kesihatan keluarga anda, terutamanya jika mempunyai anak kecil atau bayi di rumah. Kami tidak menggunakan bahan kimia keras dalam proses cucian bagi mengelakkan risiko sisa toksik terbebas ke udara. Sebaliknya, kami menggunakan teknik semburan air bersih bertekanan tinggi yang terbukti selamat, namun tetap sangat berkesan menanggalkan segala habuk dan kotoran degil.

Scroll to Top